Monday 27 May 2013

Syeikh Usamah ulamak muda pencinta kucing :3

just nak share satu post dari fesbuk dari page I.S.L.A.M = I Sincerely Love ALLAH and Muhammad



Mari mengenal ulama'...


Ulama berketurunan Rasulullah S.A.W


Ulama muda yang berwajah indah ini salah seorang pecinta kucing.
Siapakah beliau?

Beliau adalah Bintang yang Menyinari Bumi Mesir 

Beliau adalah Al-'Allamah Al-mahbub al-fadilatul ustaz Ad-Duktur Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari hafizahullahu dilahirkan di Alexandria
pada hari Jum’at, 18 Rejab 1398 H yang
bertepatan dengan 16 July 1976 dan dibesarkan di kota Suhaj yang terletak di hulu Sungai Nil.Beliau menghafal Al-Qur’an dibawah bimbingan ayahandanya yang selalu mendoakan agar Allah Ta’ala berkenan menganugerahi beliau ilmu yang luas.. Pembetangan tesis PHD Dr Usamah Sayid
Mahmud Al-Azhari di kuliah usuluddin wa al-
dakwah University Al-Azhar di cawangan
Zaqaziq.Beliau memperolehi pangkat MUMTAZ
(cemerlang) dengan kepujian pangkat pertama.. 
Kini mengajar di Kulliyah Ushuluddin wad Da’wah
Al-Islamiyah di Zaqaziq dan di taklifkan sebagai timbalan mufti mesir.. Beliau mengajar dan
menyampaikan pengajian dalam berbagai ilmu
keislaman seperti hadits, tafsir, usul fiqh, manthiq, nahwu, dan aqidah. Beliau telah memperoleh ijazah ilmiyah lebih dari tiga ratus 
ulama pemilik sanad dari berbagai penjuru dunia Islam. Beroleh kemuliaan dengan bermulazamah serta menyertai banyak ulama
besar Al-Azhar maupun para ulama besar negeri
Yaman, Syam, dan Maghrib. Al-'Allamah Habib Ali hafizahullahu
berkata : "Diantara
sebab yang menarik dirinya
untuk hadir munaqasyah Dr
Usamah adalah
kerana Dr Usamah diantara ulama muda yang ilmunya melampaui
umurnya,ilmunya tentang falsafah zaman sekarang dan peranannya dalam berkhidmat
kepada Al-Azhar Al-Syarif." 

Syeikh Usamah dan kucing di masjid Al-Azhar

Gambar di atas syeikh Usamah sedang bermain dengan kucing di
Masjid Al-Azhar. Siapa yang selalu pergi
atau ikuti kelas di Masjid Al-Azhar pasti

akan jumpa dengan kucing ni.
 





#Di Al-Azhar yang mulia,
suatu ketika salah seorang seorang imam besar,
Syaikhul Islam, pemimpin ulama madzhab
Mailikiyah: Abul Barakat Ahmad Ad-Dardir ~
rahimahullah ta’ala wa rhadiya ‘anh~ duduk


menyampaikan pengajian dan beliau melihat

seorang santri yang kedapatan mengusir dengan
kasar seekor kucing yang masuk diantara
barisan jamaah. Menyaksikan hal tersebut Imam
Ad-Dardir merasa marah sekaligus merasa
sedih. Beliau segera turun dari kursi pengajian
dan mengangkat kucing tersebut lalu
didudukkannya di samping beliau sendiri.
Lantas beliau mengeluarkan makanan khusus –
yang sejatinya untuk beliau makan sendiri- lalu
diberikan pada kucing tersebut sehingga kucing
itu merasa nyaman jika berada di dekat Imam
Ad-Dardir.
Keesokan harinya, setiap Imam Ad-
Dardir masuk ke Masjid Agung Al-Azhar kucing
itu selalu ikut dan Imam Ad-Dardir begitu
menyayanginya. Beliau selalu mendekatkan
kucing itu kepadanya dan memberikannya
makanan khusus. Bahkan setiap kali Imam Ad-
Dardir masuk ke komplek Masjid Al-Azhar, tak
tahu entah darimana, kucing-kucing
berdatangan dari segenap penjuru berkumpul
di dekat kaki beliau sehingga mencapai
seratusan ekor dan bahkan lebih..

Habib Umar Ibn zein
pernah berkata dalam pengajiannya:
"Diantara ulama yang
Allah berikan ilmu pada waktu muda adalah sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari." 

~Semoga kite semua dapat mencontohi akhlak Syeikh Usamah yg rajin menuntut ilmu di usia muda dan mengasihi binatang seperti Rasullullah s.a.w...amin..~

#lotsoflove

1 comment:

  1. sye copy kata2 habib umar ibn zein 2 ehh.. tq

    ReplyDelete